Kalau Tuhan Tidak Dicintai


Kalau Tuhan tidak dicintai

Banyaklah perkara-perkara lain yang bersifat murahan akan dicintai

Bahkan barang murahan itu akan dicintai mengatasi kecintaan kepada Tuhan

Cinta pakaian, cinta rumah, cinta isteri atau suami

Harta, kenderaan, makan minum, emas, intan, berlian

Kerana barang murahan ini manusia derhaka kepada Tuhan

Manusia boleh bergaduh, bermusuh, berhasad dengki,

berbunuh-bunuhan dan berperang kerana perkara-perkara yang disebutkan

pecah persaudaraan, hilang kasih sayang kerana selain Tuhan

begitu jugalah jika Tuhan tidak ditakuti

Banyak pulalah selain Tuhan yang akan ditakuti

Mengatasi takutkan Tuhan

Jika selain Tuhan yang ditakuti

Apa akan terjadi kepada insan?

Manusia akan takut bini atau suami,

takut tidak ada kerja

takut dibuang kerja, takut masa depan

takut miskin, takut hendak berjuang, takut apa kata orang

Apatah lagi takut orang yang berkuasa kejam

Kerana takut perkara-perkara tadi orang derhaka dengan Tuhan

Orang boleh bergaduh, bermusuh, berpecah-belah, berkelahi,

Hasad dengki, berbunuh-bunuhan

Kalau Tuhan tidak dicintai atau ditakuti

banyaklah urusan-urusan syariat terabai dan tidak dapat dilakukan

Di dalam masa yang sama mereka mengaku pula telah membangunkan Islam

Kalau tidak ada mereka, katanya kedaulatan Islam terabai dan ketinggalan

Mereka menentang Islam kerana Tuhan tidak dicintai dan tidak ditakuti

Mengaku perjuangkan Islam

Begitulah dahsyat sekali jika Tuhan tidak dicintai atau tidak ditakuti

Para-para penentang Islam pun mengaku memperjuangkan Islam

Sanggup berbohong terang-terangan

Sifat malunya telah hilang kerana kecintaan dan ketakutan selain Tuhan

oleh : Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi